Sunday, September 1, 2013

Kemungkinan.

Bermulanya dengan sebuah perjumpaan.
Semakin hari semakin akrab.
Semakin lama semakin rapat.
Istilah sayang semakin hari semakin timbul.
Tempat berkongsi suka duka.
Riang tawa. Senyum dan gembira.
Jarak bukan penentu segalanya.
Bila hati sudah berbicara.
Jasad berjauhan bukan lagi isu pertama.
Hati umpama dua bersama.
Hanya hadiah ku sebagai bukti sayang ku bersama.

Dewasa ini.
Setelah berbanyak hari.
Berbeza minggu hari dan waktu.
Kelainan yang kurasa semakin membawa banyak kemungkinan.
Kemungkinan yang memungkinkan aku hilang di mata hati.
Akhiran ini ku kaji hari demi hari.
Sambil menggulung rindu.
Ku terlihat ada kayu di sebalik bayang.
Andaian  jika berfikiran tambah.
Aku masih bertakhta di hati kau.
Mungkin aku sedang merasai bahagia seperti dahulu.
Andaian dimana aku yang sentiasa tersenyum gembira siang dan malam ku.
Jika aku berfikiran tolak.
Aku mungkin telah hilang dihati kau.
Yang selama ini sedang menabur bunga tanpa sebarang gangguan.
Si dia yang ku lihat mungkin orang yang telah menggantikan tempat ku.
Sudah tentu sakit yang aku dapat.
Apakan daya.
Berani genggam berani tahan.
Tetapi sejujurnya aku tahu. 
Aku tak sempurna.
Tak pandai segalanya.
Mungkin kalau benar apa yang aku fikirkan.
Aku terima.
Kerana kau berhak memilih yang terbaik.
Yang sempurna untuk menyempurnakan hidup kau.
Tetapi hanya satu yang aku minta.
Orang baik tak akan buat orang lain menangis selain dia berterus terang.
Dan ceritakan segalanya.

Daripada aku kau dan dia..



Sunday, May 19, 2013

Menjunjung Dilema



Angin yang datang tanpa henti,
Memungkinkan hujan yang bakal jatuh,
Berlambakan daun daun di bumi,
Bumi yang dahagakan setitis air,
Setitis air yang penuh dengan harga,
Jarang untuk mereka jatuh berlinangan,

Tanpa Kuasa yang Ilahi.
Tiada apa yang akan berlaku,
Tanpa Kuasa Ilahi,
Tiada apa yang terjadi,
Tanpa Kuasa Ilahi,
Tiada kenal itu susana.